Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Soalan: Salam. Soalan berkaitan Ihram dan Umrah. Seorang wanita tu was-was tawaf yang dilakukannya sah, dia merasakan mungkin dia terkentut semasa tawaf tapi tidak pasti. Disebabkan itu, dia was-was umrahnya sudah selesai atau belom. Disebabkan itu juga, walaupun sudah balik Malaysia, dia masih was-was samada dia masih dalam ihram atau tidak sebab umrahnya tidak pasti sudah selesai atau tidak. Dalam kes begini, adakah dia masih dalam ihram?
Jawapan
Merujuk kepada persoalan tuan, menurut kaedah Fiqh ada menyatakan bahawa ; “Keyakinan itu tidak dapat dihapuskan dengan perasaan syak (tidak pasti).” Perasaan ragu-ragu atau was-was yang dihadapinya itu tidak membatalkan keyakinan terhadap umrahnya yang telah selesai. Dan telah pun selamat pulang semula ke Malaysia. Oleh yang demikian, tidaklah timbul persoalan sama ada dia masih dalam tempoh ihram atau tidak kerana umrahnya telah pun selesai dan wanita tersebut juga telah selamat pulang semula ke Malaysia. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.