BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Soalan: Salam.ingin bertanya mengenai wang zakat.isteri saya pemegang amanah wang arwah bapanya.soalannya bolehkah sebagai pemegamg amanah wang zakat itu digunakan oleh isteri saya kerana kami dari golongan miskin atau asnaf.


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan tuan, sebagai pemegang amanah wang zakat arwah bapanya, isteri tuan hendaklah menyerahkan wang tersebut kepada pihak zakat negeri. Ini kerana pihak zakat sendiri yang akan mengagihkannya kepada kesemua golongan asnaf yang layak. Jika tuan juga tergolong dalam kalangan asnaf, maka pusat zakat sendiri yang akan memberi zakat kepada tuan. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2020
Jumlah Pelawat : 171

message user image