BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Soalan: Saya ada masalah kencing tidak lawas, saya ada mendengar pendapat, bagi orang kencing tidak lawas kena ambil wudhu selepas masuk waktu dan melapik kemaluan. Masalahnya bagaimana saya hendak sembahyang sunat qabliah, kerana waktunya agak singkat sebelum berjemaah fardhu. Jika saya ambil wudhu lebih awal boleh tak, ini memberi kesempatan untuk saya sembahyang sunat qabliah. Harap jawapan dari Tuan Ustaz. Terima kasih.


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan saudara, kencing seorang dewasa adalah najis mutawassitah yang perlu dicuci ketika hendak menunaikan solat. Ia menjadi syarat sahnya solat. Masalah kencing tidak lawas walaupun sedikit biasanya akan keluar berterusan dan tidak dapat dikawal. Oleh itu, saudara perlu menjaganya dengan memakai cawat atau pampers. Bagi tujuan menunaikan solat, ia perlu dibersihkan sebaik sahaja masuk waktu dan menukar cawat atau pampers yang diikuti dengan mengambil wuduk. Selepas itu tunaikanlah solat, walaupun dalam keadaan kencingnya keluar. Inilah cara atau kemudahan yang dibenarkan bagi mereka yang bermasalah kencing tidak lawas. Begitulah yang perlu dilakukan bagi setiap solat fardu. Satu wuduk sah untuk satu solat fardu. Walaubagaimanapun, ia boleh digunakan untuk beberapa solat sunat. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2020
Jumlah Pelawat : 143

message user image