Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Soalan: Hendak bertanya kerana telah terjebak dalam situasi ini; Saya telah menghantar sms kepada isteri (dalam keadaan nyata mampu berfikir dengan rasa marah yang tidak melampau, dalam tempoh masa 5-10 minit untuk mengarang sms). Isi sms tidak dapat dibuktikan sekadar ingat diingatan, mengatakan jika isteri saya menuduh melakukan atau berkata melakukan atau menggunakan perkataan GANJA sekalipun, maka jatuh talak. Ini berikutan saya berkawan dengan seorang yang saya kata pada isteri saya yang kawan saya itu pernah menghisap ganja. Sering melepak dengannya maka isteri saya mengatakan saya juga menghisap ganja. Dan baru-baru ini isteri saya menghantar sms kepada saya dengan maksud menuduh saya menghisap ganja. Butiran smsnya seperti berikut; "Kereta tak baya tapi buat hal. baliklah mentang ada duit keluar je awak hisap ganja kan..." (Namun bunyi sms atau makna sms seakan bermaksud seperti bertanya atau dengan nada bertanya, atau masih tidak pasti atau keliru, kerana ada perkataan 'kan...' yang digunakan. Namun ini cuma pemikiran saya sahaja.) Dengan jasa baik pihak tuan saya ucapkan ribuan terima kasih. 1. Adakah talak sudah jatuh? 2. Apa perlu di buat?
Jawapan
Merujuk kepada persoalan tuan, oleh kerana hanya ingatan yang tidak pasti, maka talak belum jatuh, kerana اليقين لا يزال بالشك (Keyakinan tidak boleh dihilangkan dengan syak). والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.