Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Pertanyaan: assalamualaikum ustaz/ustazah saya ada satu soalan tentang selawat yang saya amalkan selepas solat fardhu. selawat tahrijiyyah.. boleh ke ustaz terangkan dalil dlm alquran mengenai selawat ini ..saya ada terbaca selwat ini direka oleh insan2 yang sengaja mensyirikkan Allah. ustaz tolong saya ..saya keliru dan buntu ustaz ustazah ..saya tak mau menajadi hamba yang mensyirikan ALLAH s.w.t
Jawapan
Merujuk kepada persoalan puan, Selawat Tafrijiyyah adalah selawat yang dikarang oleh para ulama’ muktabar sejak dahulu. Walaupun selawat ini bukan daripada Nabi SAW, para ulama’ membolehkan mengamalkannya kerana kandungannya memuji Nabi dan mengagungkan baginda SAW. Kita dituntut untuk sentiasa berselawat kepada Nabi SAW, sebagaimana firman Allah SWT yang bermaksud; “Sesungguhnya Allah dan malaikatNya berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi (Muhammad SAW) wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya.” (al-Ahzaab : 56) والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.