BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Soalan: Assalamualaikum ustaz.saya ada soalan mengenai solat. saya nak tanya sewaktu saya bekerja shift malam dan sewaktu saya tidur saya mimpi basah.jd dipendekkan cerita saya mengalami hadas besar.persoalan saya mcm mana saya nak solat sedangkan saya dalam hadas besar??? Saya nak mandi wajib tapi pakaian bersih saya tak ada.dan kalau nak solat pun saya kena tunggu balik rumah utk mandi wajib dan itu sdah lebih waktu atau masbuk.jd solat saya itu patutkah saya qada atau solat subuh mcm biasa??? Contoh masuk waktu jam 6.02am saya sampai rumah dalam jam 7.30 atau jam 8 tu pun kalau tak jem.persoalan kedua saya adakah saya dikira melambat lambatkan solat???? Tq


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan saudara, tidak sah solat dalam keadaan berhadas besar sehinggalah dilaksanakan mandi wajib. Dalam keadaan tersebut, saudara boleh sahaja terus mandi hadas besar di tempat kerja, dan memakai semula pakaian sedia ada untuk menunaikan solat subuh, memadai jika baju yang dipakai terdapat kesan basah dari air mani, kerana air mani bukan najis. Dalil ini sebagai hadith yang diriwayatkan daripada 'Amar Ibnu Maimun RA., katanya yang bermaksud : "Aku bertanya kepada Sulaiman bin Yasar perihal mani apabila mengenai pakaian seseorang; Apakah cukup dengan membersihkan yang terkena mani itu saja, ataukah harus mencuci kain itu seluruhnya?" Jawabnya, "Aisyah pernah mengkhabarkan kepadaku, bahawa Rasulullah SAW hanya membersihkan bahagian yang kena mani itu sahaja; kemudian beliau pergi solat dengan memakai kain itu. Aku memang melihat bekas cucian di kain itu." (Riwayat Muslim) Saudara dikira melambat-lambatkan solat. Alasan tiada pakaian bersih untuk solat tidak boleh digunakan, kerana dianggap sengaja meninggalkan solat fardhu pada waktu yang telah ditetapkan. Selain itu, dicadangkan pergi kemana-mana masjid/ surau berdekatan, biasanya ada kain untuk solat. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2020
Jumlah Pelawat : 143

message user image