Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Soalan: Assalamualaikum, Sekiranya bercakap dalam keadaan marah pada isteri seorang diri "kan aku ceraikan jugak kan".. adakah jatuh talak
Jawapan
Merujuk kepada persoalan saudara, perkataan suami “kan aku ceraikan jugak kan”, adalah ayat yang tergantung maksudnya samaada nak menceraikan atau sekadar menggertak. Sebaiknya, urusan yang melibatkan lafaz cerai, suami dan isteri hendaklah merujuk perkara ini terus ke Mahkamah Syariah yang berbidangkuasa menentukan pengesahan ke atas perceraian dan urusan selanjutnya. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.