Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Soalan: Apakah hukum suami yang bergurau mengatakan dirinya duda?
Jawapan
Merujuk kepada persoalan tuan, hukum suami mengatakan dirinya duda adalah berdosa walaupun bergurau kerana ia adalah dusta. Sebagaimana hadis yang diriwayatkan daripada ‘Abdullah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda : واياكم الكذب فان الكذب يهدى الى الفجور وان الفجور يهدى الى النار Maksudnya : “Dan hindarilah olehmu dusta, kerana sesungguhnya dusta itu menjerumus kepada kejahatan, dan kejahatan itu membawa ke neraka” (Riwayat Muslim) Justeru, sebagai seorang muslim hendaklah sentiasa berkata yang baik dan jauhilah daripada berkata dusta walaupun sekadar gurauan. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.