BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Soalan: Assalamualaikum Bolehkah kita mengambil wuduk, sesudah kita berniat untuk mandi wajib dan dalam proses meratakan air?


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan tuan, seseorang muslim disunatkan berwuduk terlebih dahulu sebelum memulakan mandi wajib. Sekiranya tuan telah berniat untuk mandi wajib, kemudian sebelum memulakan mandi wajib, tuan mengambil wuduk terlebih dahulu, maka wuduk tersebut sah sekiranya disertai dengan niat wuduk ketika mula meratakan air di bahagian muka. Kemudian tuan boleh memulakan mandi wajib seperti biasa iaitu dengan meratakan air ke seluruh anggota badan dengan niat mandi wajib ketika mula air menyentuh anggota badan. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2020
Jumlah Pelawat : 73

message user image