BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : UMUM

message user image

  Soalan

Soalan: Mohon bertanya, adakah dikira subhah andai kita mengikuti zumba/sukan yang di dalamnya ramai berpakain ketat dan tidak menutup aurat dengan sempurna?


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan puan, Islam tidak melarang untuk melakukan riadhah atau aktiviti kecerdasan badan. Namun, Islam meletakkan garis panduan yang terbaik dalam memastikan tidak berlaku pelanggaran hukum syarak dalam aktiviti tersebut. Sekiranya peserta zumba/ sukan itu dalam kalangan wanita sahaja, maka tidaklah membawa kepada permasalahan dari segi aurat. Tetapi jika bercampur antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram, maka menjadi kewajipan untuk memastikan aurat dijaga dengan sempurna. Oleh itu, pihak kami berpandangan pengawalan dan penjagaan aurat adalah amat penting dijaga dalam memastikan terhindar daripada fitnah dan menjatuhkan maruah wanita. Sebaiknya, puan bolehlah menegur kerana itu adalah yang terbaik supaya tidak dikira bersubahat dalam perkara sedemikian. Dilampirkan link berkenaan Garis Panduan Bersukan Menurut Perspektif Islam : http://www.islam.gov.my/images/garis-panduan/garis_panduan_atlet.pdf والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2020
Jumlah Pelawat : 267

message user image