BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : UMUM

message user image

  Soalan

Soalan: Assalamualaikum wbt. Saya ingin bertanya tentang kaedah mencari makanan halal di luar negara. Kebanyakan persoalan yang diajukan hanyalah berkisarkan daging khinzir, arak dan sembelihan yang tidak mengikut syarak. Soalan saya: Bagaimana dengan sesuatu makanan yang diyakini daging sembelihan adalah halal atau menggunakan makanan laut tetapi disediakan oleh bukan Islam manakala status bahan masakan yang digunakan dalam makanan tersebut seperti perencah, penambah perisa yang tidak diketahui statusnya - adakah perlu saya kaji status halal atau cukup sekadar bahan utama yang digunakan iaitu daging/makanan laut yang diyakini halal?


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan puan, Islam telah menggariskan agar umatnya memakan makanan yang halal dan toyyiba. Firman Allah SWT yang bermaksud : “Wahai sekalian manusia! Makanlah dari apa yang ada di bumi yang halal lagi baik, dan janganlah kamu ikut jejak langkah Syaitan; kerana sesungguhnya Syaitan itu ialah musuh yang terang nyata bagi kamu.” (al-Baqarah : 168) “Wahai orang-orang yang beriman! Makanlah dari benda-benda yang baik (yang halal) yang telah Kami berikan kepada kamu, dan bersyukurlah kepada Allah, jika betul kamu hanya beribadat kepadanya.” (al-Baqarah : 172) Amat penting bagi orang Islam untuk mengetahui badan-badan Islam yang diiktiraf di seluruh negara agar tidak merasa ragu-ragu untuk membeli barangan atau memasuki premis-premis tertentu ketika berada di luar negara. Justeru, puan boleh layari link berikut bagi mengetahui logo makanan halal yang diiktiraf di seluruh dunia : http://www.halal.gov.my/v4/index.php?data=bW9kdWxlcy9jZXJ0aWZ5X2JvZHk7Ozs7&utama=CB_LIST&lang=bm Selain itu, antara item yang boleh membantu puan mendapatkan status makanan halal adalah melalui aplikasi seperti : Verify Halal, Pro Muslim, Halal Trip, Food Travel Prayer dan banyak lagi. Jika puan makan makanan yang telah siap dimasak oleh bukan muslim seperti seafood atau vegetarian yang tidak mengandungi khinzir dan alkohol, tetapi perlu pastikan ramuan masakan tersebut juga adalah halal, kerana mengelakkan dari perkara syubhah. Sebagaimana hadith yang diriwayatkan daripada al-Nu’man Ibnu Bashir RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda maksudnya: “Sesungguhnya yang halal itu jelas dan yang haram juga jelas. Bagaimanapun di antara keduanya terdapat perkara yang tidak jelas (syubhah), yang mana ramai orang tidak mengetahuinya. Barangsiapa yang memelihara dirinya dari perkara syubhah, maka dia telah menyelamatkan agamanya dan kehormatannya”. (Riwayat al-Bukhari) Jika puan berasa ragu-ragu, maka tinggalkanlah. Ini berdasarkan kepada hadis yang diriwayatkan daripada Hasan bin Ali RA cucu Rasulullah SAW, beliau berkata: دَعْ مَا يُرِيْبُكَ إِلىَ مَا لاَ يُرِيْبُكَ Maksudnya : “Tinggalkanlah apa yang meragukanmu kepada apa yang tidak meragukanmu” (Riwayat al-Tirmizi) والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2020
Jumlah Pelawat : 84

message user image