Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Soalan: Assalamualaikum . Saya ingin bertanya , saya dan suami ada membuat perjanjian yang dipersetujui bersama iaitu akan gugur talak 1 sekiranya salah seorang daripada kami berlaku curang . Jika perkara tersebut terjadi, adakah jatuh talak pada isteri ? Terima kasih .
Jawapan
وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته
الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى آله وأصحابه أجمعين أما بعد
Merujuk kepada persoalan saudari, perjanjian yang dibuat itu adalah jelas bahawa talak 1 akan jatuh sekiranya salah seorang melakukan perkara yang dijanjikan itu, selepas taklik dilafazkan. Justeru, perkara ini hendaklah segera dirujukkan ke Mahkamah Syariah yang berhampiran untuk tujuan pengesahan dan tindakan selanjutnya. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.