Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Soalan: Ketika bernusafir atas tujuan kerja,saya melakukan solat jamak takhir setelah azan asar. Setelah selesai melakukan solat jamak,iqomah untuk solat asar dimasjid itu. Saya turut serta melakukan solat fardhu asar lagi. Apakah hukum..? Terima Kasih Tuan.
Jawapan
Merujuk kepada persoalan tuan, solat Asar yang dilakukan secara berjemaah tersebut adalah sah hukumnya, ia harus dilakukan bagi mendapatkan fadhilat solat berjemaah, walaupun tiada keperluan untuk mengulangi solat asar kerana telah selesai yang dijamakkan bersama dengan solat zohor. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.