BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : AKIDAH

message user image

  Soalan

Soalan: Menurut kitab tafsir taksiran ulama ulamak ulum berkaitan binatang yang memasukki masjid. Seperti yang diceritakan oleh ustaz alzahari dari Langat Selangor. Tertera kepada 3 binatang yg tidak boleh memasuki masjid dan sekitar kawasan masjid. Seperti berikut: 1- Babi Jika babi memasuki masjid @ surau. Tanda nya dajjal sudah habis mengorak permukaan bumi. II- Diterangkan juga iaitu masjid @ surau yg cantik, gah dan besar, hanya imam dan bilal dan beberapa jemaah saja. III- Imam, bilal dan siak. Suka membangga bangga kerja mereka bukan dari sudut ikhlas tapi membanggakan diri. 2- Anjing, Jemaah bergaduh diantara sama sendiri, ajk berebut- rebut jawatan, tidak mengimarahkan masjid @ surau. 3. Ular Ditafsirkan segala dana @ harta diinfakkan tetapi tidak digunakan untuk tujuan keagamaan, kedekut, serta menyeleweng. Kesemua itu telah pun kita lihat dimana mana saja, ajk bergaduh jawatan, kedekut nak cari penceramah seperti kuliah maghrib, subuh, duha , sumbangan kepada ibu-ibu tunggal, anak yatim piatu dan lain lain lagi. Apabila Allah hantar 3 ekor binatang itu. Hanya memberikan peringatan kepada manusia yg punya akal yg waras supaya berfikir, terutama mengajak kerumah Allah. Sesungguhnya hidup ini seperti angin yg bertiup. Semasa datang kita lega tetapi apabila pergi hilang terus. Mati. ? JIKA BABI MAMPU BERBICARA Aku datang ke rumahNya bukanlah atas keinginanku. Melainkan ianya adalah perintah dari Tuhanmu.Apalah yang aku tahu. Aku hanya seekor binatang yang tak diberi akal sepertimu.Aku ditakdirkan untuk memasuki rumahNya kerana hari ini menusia memilih kelab malam dari rumah Dia. Jadi binatang yang dikata hina seperti aku dijemput untuk datang ke rumahNya. Itu rumah Dia. Dia yang menjaganya. Apa engkau ingat Dia buta dari melihat seekor haiwan yang perlu disamak seperti aku memasuki rumahNya? Sedarkah kau wahai manusia. Kenapa binatang yang engkau anggap hina seperti aku dapat masuk ke dalam rumahNya? Sedarkah kau siapa yang lebih hina?Hina aku bukanlah kerana aku berdosa. Tetapi kerana aku patuh pada perintah Tuhan. Sedangkan engkau yang merasa diri mulia, sering saja kau mengikut jejak langkah syaitan. Engkau marahkan aku. Sedangkan aku tak berdosa. Namun mereka diluar sana yang engkau lihat melakukan kemungkaran di depan mata, engkau biarkan saja. Siapa yang lebih hina? Aku atau dia? Aku redha jika aku mati. Aku tak akan sesali kerana ini perintah Tuhan yang perlu aku patuhi. Namun tahukah engkau bahawa di akhirat kelak aku akan dibangkitkan untuk keadilan aku dan selepas itu aku akan ditukarkan menjadi tanah selamanya. Sedangkan engkau wahai manusia, engkau akan diadili setiap perbuatan engkau di dunia dan pengakhiran engkau hanya dua. Syurga atau Neraka. Sedarlah engkau wahai manusia. Jangan biarkan kematianku sia-sia. Ambillah iktibar darinya. Gunakanlah akalmu untuk berfikir kenapa. Jangan nanti sampai turunnya bala, baru kau nak menyesalinya. ### ? Benarkah sebaran yang sedang hangat diviralkan sekarang ini? Dari hadith yang sahih ke tanda2 binatang yg masuk masjid?


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan puan, setiap kejadian yang berlaku ada hikmah dan suatu pengajaran disebaliknya. Begitu juga halnya dengan kejadian khinzir yang terlepas masuk ke dalam masjid. Jadikan apa yang disampaikan oleh ustaz tersebut sebagai peringatan dan pengajaran untuk diri sendiri sahaja, sekiranya tidak diyakini kesahihannya, boleh tinggalkan. Adapun peristiwa sebenar yang berlaku kepada masjid yang dimasuki khinzir boleh juga dijadikan tauladan terhadap kawalan keselamatan yang perlu ditingkatkan lagi. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2018
Jumlah Pelawat : 413

message user image