BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUAMALAT

message user image

  Soalan

Soalan: Sekiranya kita membeli beras yang ditimbang di kedai runcit...dan ada duit di dalam barangan tersebut...adakah duit itu hak milik kita atau tuan kedai....?.


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan tuan, berdasarkan situasi tersebut sudah tentu duit yang terdapat dalam beras yang dibeli bukanlah milik kita, kerana akad belian adalah beli beras. Justeru, hendaklah dikembalikan duit tersebut kepada pihak kedai, kerana kemungkinan itu adalah miliknya atau barang luqatah. Hadith yang diriwayatkan daripada Zaid bin Khalid Al-Juhani, yang merupakan sahabat Rasullullah SAW telah berkata, Nabi SAW ditanya oleh seseorang yang tidak dikenali berkenaan harta Al-Luqatah (harta yang dijumpai). Sabda Nabi SAW yang bermaksud ; “Kenalilah pengikatnya dan bungkusannya kemudian umumkan ia selama satu tahun sekiranya tidak dijumpai (pemiliknya) maka bolehlah mengambil manfaat daripadanya sekiranya ia dituntut kembali maka kembalikanlah kepadanya.” (Riwayat Muslim) Kesimpulannya, duit tersebut mestilah dikembalikan kepada pihak kedai kerana diyakini ia dijumpai di sana. Jika barang luqatah, penjual bertindak sebagai pemegang amanah untuk membuat hebahan mencari pemilik sebenar. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2020
Jumlah Pelawat : 159

message user image