Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Soalan: Apakah hukum jika seorang lelaki apabila ditanya oleh rakannya "Adakah kamu dah berkahwin dengan si pulan" Lelaki itu menjawap Tidak Sama Sekali. Hakikatnya Lelaki itu sudahpun berkahwin dengan si pulan itu di Thailand. Semuanya kerana tidak mahu Bantuan Ibu Tunggal Isterinya Yang Diterima melalui JKM serta Maidam Dipotong?. Begitu jugak bila ditanya kepada.si pulan itu bahawa kamu sudah berkahwin lelaki itu. Mohon pencerahan kerana saya salah seorang saksi pernikahan tersebut.
Jawapan
وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته
الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى آله وأصحابه أجمعين أما بعد
Merujuk kepada persoalan tuan, kedua-dua mereka telah melakukan penipuan dan hukumnya adalah berdosa. Hadith yang diriwayatkan daripada Abu Bakar As-Shiddiq RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: Maksudnya: "Tidak masuk ke dalam syurga orang yang menipu, orang bakhil dan orang yang suka mengungkit-ngungkit sedekahnya." (Riwayat al-Tirmizi) Justeru, sebagai saksi perkara ini boleh diadukan kepada pihak terlibat (JKM dan Maidam) agar bantuan yang sepatutnya, dapat disalurkan dengan telus kepada mereka yang benar-benar layak. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.