BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUAMALAT

message user image

  Soalan

Soalan: SALAM MOHON PENCERAHAN BERKENAAN UNIT FUND DAN BOND FUND YANG TAK PATUH SYARIAH. BOLEH TAK DUIT ITU SAYA GUNAKAN UTUK MEMBELI HP ATAU BARANG LAIN. ATAU SAYA GUNAKAN UNTUK MEMBELI BARANG/PERALATAN CUCIAN MASJID ATAU KEGUNAAN UMUM. MOHON PENCERAHAN USTAZ.


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan tuan, bagi wang yang tidak patuh syariah ianya tidak boleh diguna untuk membeli keperluan peribadi dan masjid. Sebaiknya hendaklah disalurkan terus ke Baitulmal, Majlis Agama Islam Negeri masing-masing atau melalui kaunter zakat sebagai wakil kutipan bagi wang tidak patuh syariah. Berdasarkan kepada keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-87 yang bersidang pada 23-25 Jun 2009 telah membincangkan Hukum Penyaluran Harta Tidak Patuh Syariah Ke Baitulmal Dan Institusi Islam Lain. Muzakarah telah memutuskan bahawa; Di dalam Islam harta-harta yang diperolehi dengan cara yang tidak mematuhi syariah seperti riba, gharar, perjudian, penipuan, rompakan, rampasan, rasuah dan seumpamanya adalah haram dan tidak boleh digunakan untuk manafaat dan kepentingan diri sendiri serta perlu dibersihkan melalui kaedah-kaedah berikut: 1. Diserahkan kepada Baitulmal untuk maslahah-maslahah umum umat Islam seperti membiayai pembinaan atau penyelenggaraan jambatan, jalan, tandas dan seumpamanya; 2. Diserahkan kepada golongan fakir miskin; atau 3. Jika harta tersebut merupakan harta rompak, curi dan seumpamanya, maka harta tersebut perlu diserahkan semula kepada pemiliknya. Jika pemiliknya telah meninggal dunia atau tidak dapat dijumpai, maka harta tersebut mestilah dikembalikan kepada ahli warisnya. Sekiranya tidak dapat diketahui pemilik atau ahli waris pemilik, maka harta tersebut hendaklah diserahkan kepada Baitulmal. Rujukan link fatwa: http://e-smaf.islam.gov.my/e-smaf/fatwa/fatwa/find/3 والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2020
Jumlah Pelawat : 161

message user image