BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : JENAYAH

message user image

  Soalan

Soalan: Hukum gugur janin berusia 30 hari kerana isteri mengambil ubat ACCUTINE iaitu ubat yang dilarang kepada ibu yg mengandung kerana risiko amat tinggi 'birth defects' atau kecacatan pada hati, otak dan muka. Sebelum isteri mengambil ubat ini, memang telah diberitahu akan larangan untuk mengandung kerana sebab-sebab yg dinyatakan di atas malah ada persetujuan bertulis antara doktor dan pesakit untuk tidak mengandung akibat daripada kesan teruk (kecacatan) kepada bayi semasa tempoh mengandung. Mohon pandangan tuan berkenaan menggugurkan janin pada usia 30 hari ini.


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan tuan, oleh kerana pihak doktor telah memaklumkan tentang risiko pengambilan ubat tersebut dan telah ada perjanjian yang dilakukan, sebaiknya keputusan bagi mengugurkan kandungan boleh dirujuk berdasarkan kepada keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-26 yang bersidang pada 7 – 8 Mac 1990 yang membincangkan Pengguguran Kandungan Kerana Kecacatan sebagaimana berikut : “Muzakarah telah memutuskan bahawa haram menggugurkan janin di dalam kandungan, kecuali atas sebab-sebab kecacatan yang teruk yang boleh membahayakan nyawa ibu.” Rujukan link : http://e-smaf.islam.gov.my/e-smaf/fatwa/fatwa/find/3 والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2020
Jumlah Pelawat : 115

message user image