BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Soalan: assalamualaikum, saya ada soalan tentang qada solat :- 1) bagaimana qada solat dilakukan, adakah setelah selesai solat fardu, contohnya kita sudah solat Zuhur dan boleh teruskan qada solat Zuhur ke? 2) adakah rakaat qada solat ikut rakaat asal solat fardu, contohnya solat Zuhur 4 rakaat, jadi qada solat zuhurpun 4 rakaat ke? itu saja soalan saya, terima kasih kerana sudi menjawab


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan tuan, 1. Menurut Dr. Wahbah al-Zuhailiy dalam kitabnya al-Fiqh al-Islami wa adillatuh : “Harus mengqada solat fardu yang tertinggal pada bila-bila masa, sama ada waktu itu ditegah daripada melakukan ibadat ataupun pada waktu biasa, maksudnya qada’ solat boleh dilakukan bila-bila sahaja.” Bermakna solat qada’ tersebut juga boleh dilakukan selepas selesai menunaikan solat fardhu. 2. Rakaat bagi solat yang hendak diqada adalah sama mengikut jumlah rakaat solat fardhu yang ditinggalkan. Subuh 2 rakaat, Zuhur 4 rakaat, Asar 4 rakaat, Maghrib 3 rakaat dan Isya’ 4 rakaat. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2020
Jumlah Pelawat : 168

message user image