BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Soalan: assalamualaikum, saya ada soalan tentang qada solat :- 1) bagaimana qada solat dilakukan, adakah setelah selesai solat fardu, contohnya kita sudah solat Zuhur dan boleh teruskan qada solat Zuhur ke? 2) adakah rakaat qada solat ikut rakaat asal solat fardu, contohnya solat Zuhur 4 rakaat, jadi qada solat zuhurpun 4 rakaat ke? itu saja soalan saya, terima kasih kerana sudi menjawab


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan tuan, adalah harus untuk mewakafkan sejumlah duit kepada masjid yang diniatkan atas nama ibubapa. Tentang azab kubur dan ketika menghembuskan nafas ketika uzur, itu adalah diluar pengetahuan manusia. Namun, terdapat beberapa hadith yang boleh dijadikan panduan agar kita dihindarkan daripada azab kubur antaranya dengan mengamalkan bacaan surah al-Mulk. Hadith yang diriwayatkan daripada Ibnu Abbas RA, ia berkata maksudnya : "Sebahagian sahabat Nabi SAW mendirikan khemahnya di perkuburan, dia tidak tahu bahawa tempat itu adalah tanah perkuburan, tiba-tiba dikubur itu, ada seseorang yang membaca surah al-Mulk sehingga selesai. Maka ia mendatangi Nabi SAW dan berkata : "Wahai Rasulullah, saya mendirikan khemah, saya tidak tahu bahawa tanah itu perkuburan, tiba-tiba di kuburan itu ada seseorang yang membaca surah al-Mulk sampai selesai". Nabi bersabda : "Surah itu adalah pencegah atau penyelamat yang menyelamatkannya dari seksa kubur". (Riwayat al-Tirmizi) Hadith lain adalah doa sebagaimana yang diajarkan oleh Nabi SAW yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah RA, maksudnya; اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ عَذَابِ القَبْرِ، وَمِنْ عَذَابِ النَّارِ، وَمِنْ فِتْنَةِ الْمَحْيَا وَالْمَمَاتِ، وَمِنْ فِتْنَةِ الْمَسِيحِ الدَّجَّالِ “Ya Allah, sesungguhnya aku bermohon perlindungan denganmu daripada azab kubur, daripada azab api neraka, daripada fitnah hidup dan mati dan daripada fitnah masih al-Dajjal” (Riwayat Muslim) Manakala, bagi orang yang berada dalam keuzuran warisnya hendaklah mengingatkannya agar sentiasa bersangka baik dengan Allah SWT, sebagaimana hadith yang diriwayatkan daripada Jabir bin ‘Abdillah RA katanya, Nabi SAW bersabda yang bermaksud: “Jangan seseorang daripada kamu mati melainkan dia berada dalam keadaan berbaik sangka dengan Allah”. (Riwayat Muslim) Dan jangan becita-cita untuk segera dimatikan, sekalipun bertambah sakitnya, orang yang uzur hendaklah redha dan sabar dengan ketentuan agar beroleh pahala di atas kesabarannya. Daripada Anas bin Malik RA, bahawa Nabi SAW bersabda yang bermaksud; “Janganlah seseorang daripada kamu bercita-cita untuk mati disebabkan kemudharatan yang menimpanya, jika dia tidak tahan juga maka ucapkanlah : اَلَّلهُمَّ أَحْيِنِي مَا كَانَتِ الْحَيَاةُ خَيْرًا لِيْ وَتَوَفَّنِيْ مَا كَانَتِ الْوَفَاةُ خَيْرًا لِيْ Maksudnya : Ya Allah hidupkanlah daku selagi hidup itu lebih baik untukku, matikanlah daku selagi mati itu lebih baik untukku” (Riwayat al-Bukhari) والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2020
Jumlah Pelawat : 146

message user image