BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Assalamualaikum wbt Saya nak tanya apakah hukum jika seorang ibu mertua menyuruh anak lelaki nya menceraikan isteri tnpa sebab hanya kerana x suke dengan pilihan nya sedangkan isterinya itu seorang yg baik akhlak dan baik dari soal agama...adakah jika anak lelaki tersebut tidak mahu mengikut kehendak ibunya menceraikan isterinya dianggap anak derhaka..?


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى آله وأصحابه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada persoalan puan, tidaklah dianggap sebagai anak derhaka kerana perbuatan memutuskan hubungan suami isteri adalah berdosa, sebagaimana hadith yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda; ليس منا من خبب امرأة على زوجها او عبدا على سيده Maksudnya : “Bukan dikalangan kami (umat Nabi Muhammad SAW) orang yang merosakkan hubungan seorang isteri dengan suaminya, atau hamba dengan tuannya”. (Riwayat Abu Daud) Adalah menjadi tanggungjawab anak lelakinya untuk menguruskan masalah peribadi ibunya dengan menantu yang bukan pilihannya secara baik dan berhikmah. Menantu juga turut berperanan dengan mengambil hati mertua dan bersabar di atas sikapnya. Sentiasalah berbuat baik, balas kejahatan dengan kebaikan. Firman Allah SWT yang bermaksud: “Dan tidaklah sama (kesannya dan hukumnya) perbuatan yang baik dan perbuatan yang jahat. Tolaklah (kejahatan yang ditujukan kepadamu) dengan cara yang lebih baik apabila engkau berlaku demikian maka orang yang menaruh rasa permusuhan terhadapmu, dengan serta merta akan menjadi seolah-olah seorang sahabat karib.” (Fussilat : 34) Teruskan berusaha dan berdoa serta bertawakkal, Insya-Allah ia akan merubah sikap ibu mertua lebih-lebih lagi selepas kehadiran cucunya. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2020
Jumlah Pelawat : 193

message user image