BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Soalan: 1. Saya berniat jamak takdim dan menunaikan solat zohor tamam bersama imam di masjid. Selesai solat zohor saya bercadang untuk menunaikan solat asar qasar, tapi ada solat jenazah....mana satu solat yg perlu saya buat dulu, solat jenazah atau solat asar -qasar. 2. Dlm perjalan pulang dari kuantan ke klang, saya telah singgah di masjid bentong dan menunaikan solat jamak zohor & asar. Selepas solat saya teruskan perjalanan pulang ke klang dan sampai di rumah sebelum waktu asar. Persoalan adakah saya masih perlu solat asar? TQ


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan tuan, 1. Syarat menunaikan solat jamak takdim adalah berturut-turut antara solat yang pertama dan solat kedua. Di antara dua solat tersebut tidak boleh diselangi oleh pekerjaan atau perbuatan lain. Oleh itu, saudara perlu menunaikan solat asar dahulu daripada solat jenazah tersebut. dalam pada itu tuan perlu pastikan telah berniat untuk jamakkan dalam solat zuhur. 2. Saudara tidak perlu lagi solat asar apabila telah sampai di rumah kerana solat zohor dan asar telah sempurna dilakukan sebelum sampai ke rumah. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2020
Jumlah Pelawat : 80

message user image