Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Soalan: assalamualaikum,saya ada kemuskilan dan saya ingin bertanya.adalah abelone boleh di makan bagi umat islam…
Jawapan
Merujuk kepada persoalan puan, abalone adalah sejenis siput laut yang tidak beracun dan ia boleh dimakan. Hukumnya adalah harus selagi mana tiada dalil pengharamannya. Firman Allah SWT yang bermaksud : “Dihalalkan bagi kamu binatang buruan laut, dan makanan yang didapati dari laut, sebagai bekalan bagi kamu (untuk dinikmati kelazatannya) dan juga bagi orang-orang yang dalam pelayaran; tetapi diharamkan atas kamu memburu binatang buruan darat selama kamu sedang berihram. Oleh itu, bertaqwalah kepada Allah, yang kepadaNya kamu akan dihimpunkan.” (al-Maaidah : 96) والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.