BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Soalan: Assalamualaikum, baru2 ni ada keluar kenyataan daripada jakim tentang penapis air 3M tu tidak halal kerana penapisnya diperbuat daripada haiwan. Saya pun masih guna sampai sekarang penapis air jenis tersebut. Adakah perlu saya samak bekas2 makan minum rumah saya?setelah saya tahu yg penapis air tu tidak halal kerana menggunakan elemen daripada haiwan?


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan tuan, merujuk kepada Mesyuarat Panel Pengesahan Halal Malaysia JAKIM Bil. 24/2019 yang telah bersidang pada 23 Disember 2019 telah memutuskan semua permohonan skim premis makanan bagi rangkaian restoran jenama Subway ditangguhkan terlebih dahulu sehingga isu dan penemuan semasa audit lapangan mengenai penggunaan penapis air jenama 3M yang mengandungi kompenen dari sumber haiwan ditukar kepada penapis air yang mematuhi syarak serta masalah kawalan bahan mentah yang lemah ditambahbaik oleh syarikat. Berdasarkan keputusan ini, penapis air tersebut diputuskan tidak mematuhi syarak kerana ia diperbuat daripada sumber haiwan yang tidak dapat dikenalpasti sama ada daripada haiwan yang haram dimakan atau haiwan yang tidak disembelih dengan kaedah syarak. Justeru, tuan tidak perlu samak bekas-bekas makanan di rumah kerana ketidakjelasan status haiwan berkenaan. Jika tuan ragu-ragu lebih baik tinggalkan dan tidak lagi menggunakan penapis air tersebut. Ini berdasarkan kepada hadis yang diriwayatkan daripada Hasan bin Ali RA cucu Rasulullah SAW, beliau berkata: دَعْ مَا يُرِيْبُكَ إِلىَ مَا لاَ يُرِيْبُكَ Maksudnya : “Tinggalkanlah apa yang meragukanmu kepada apa yang tidak meragukanmu” (Riwayat al-Tirmizi) والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2020
Jumlah Pelawat : 70

message user image