Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Soalan: Assalamualaikum, Saya ingin bertanya mengenai hukum sekiranya terkena bulu anjing yang basah. Saya baru berpindah di kawasan perumahan baru di mana jiran sebelah ada membela anjing yang berbulu lebat. Setiap hari pasti akan ada bulu anjing masuk ke kawasan parking/hadapan rumah. Ini membuatkan kami sekeluarga kurang selesa dengan perkara tersebut. Lebih-lebih lagi sekiranya waktu hujan di mana bulu2 tersebut akan basah. Soalan saya; 1) Apakah hukum sekiranya terkena bulu anjing yang kering? 2) Apakah pula hukumnya tersentuh dengan bulu anjing yang basah? Perlukah kami melakukan samak? 2) Sekiranya bulu2 tersebut mengenai kasut/selipar/permainan kanak-kanak, perlukan juga samak semuanya?
Jawapan
Merujuk kepada persoalan tuan, 1. Sekiranya terkena bulu anjing yang kering (kering dengan kering), ia tidak najis. 2. Jika terkena bulu anjing yang basah, hukumnya adalah najis. 3. Sekiranya bulu-bulu anjing yang kering terkena pada kasut, seliper dan sebagainya, maka tidaklah najis. Tetapi jika bulu-bulu anjing itu dalam keadaan basah maka najis dan hendaklah disertu. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.