BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Soalan: Assalam...sy mushkil berkenaan dengan cerai taklik....contohnya mcmni suami dan sy ada bergaduh, jd suami ada ckp klu sy kluar drp rumah jatuh talak....lps tu tetap kluar drp rumah...jd talak tu dikira jatuh kn? Klu mcm dlm masa 3 bulan, kami blum rujuk, adakah kami masih blh tggl bersama sementara menunggu perbicaraan mahkamh?


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى آله وأصحابه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada persoalan puan, perkataan suami “kalo keluar rumah jatuh talak’ merupakan lafaz taklik, jika berlaku perkara yang ditaklikkan maka jatuh talak. Sebaiknya berkaitan dengan lafaz taklik ini terus berhubung dengan pihak Mahkamah Rendah Syariah yang berhampiran bagi pengesahan lafaz tersebut. Apabila berlakunya perceraian, maka haram bagi suami tinggal bersama-sama dengan bekas isterinya dalam sebuah rumah atau masuk ke dalam rumah yang didiami bekas isterinya tanpa rujuk, walaupun dalam iddah talak raj’ie, kerana dikhuatiri akan menjurus kepada perbuatan khalwat. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2020
Jumlah Pelawat : 63

message user image