BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Soalan: Dlm bln Ramadan, yg mana perlu di utamakan. Menghormati azan dgn tunggu selesai azan maghrib selesai baru berbuka atau terus berbuka bila azan berkumandang utk mempercepatkan berbuka.


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan puan, keutamaan pada bulan Ramadhan adalah menyegerakan berbuka puasa bila azan berkumandang kerana ia termasuk dalam adab dan sunnah Nabi SAW. Hadith yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah RA katanya ; قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ أَحَبُّ عِبَادِي إِلَيَّ أَعْجَلُهُمْ فِطْرًا Maksudnya : “Rasulullah SAW bersabda : “Allah SWT berfirman : Hamba yang paling Aku kasihi ialah mereka yang paling segera berbuka”. (Riwayat al-Tirmizi) Hadith lain yang diriwayatkan daripada Sahl bin Saad RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud : “Orang yang menyegerakan berbuka puasa setelah masuk waktunya mendapat kebaikan yang berterusan”. (Riwayat al-Bukhari) Semoga kita semua dapat mengamalkan sunnah Nabi SAW. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2020
Jumlah Pelawat : 68

message user image