BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Soalan: Assalammualaikum kepada tuan/puan. pada 2018 saya telah melakukan dosa besar iaitu berzina Di Siang Hari pada Bulan puasa. Sekarang saya sudah bertaubat dan saya nak Tanya mengenai hukum Dan kadar fidyah Yang saya perlu bayar kerana saya belom menggantikqn puasa lagi Yang sehari itu.Diharapkan pihak tuan dapat menyembunyikan rahsia Dan membalas pertanyaan saya kerana saya sangat berdosa ketika ini.


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan yang dikemukakan, dua-dua kesalahan yang telah dilakukan itu adalah dosa besar iaitu berzina dan persetubuhan siang hari di bulan Ramadhan. Perkara ini telah jelas sebagaimana firman Allah SWT : وَلَا تَقْرَبُوا الزِّنَا إِنَّهُ كَانَ فَاحِشَةً وَسَاءَ سَبِيلًا Maksudnya : “Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan).” (Al-Israa' : 32) Justeru, hendaklah bertaubat dengan taubat nasuha. Jika ada Undang-undang Syariah, pelakunya akan dikenakan rejam atau sebatan. Bagi kesalahan ini, wajib qada’ puasa dan wajib kaffarah. Iaitu qada’ puasa yang batal disebabkan persetubuhan tersebut. Manakala kaffarahnya pula ialah ; i. Memerdekakan seorang hamba, jika tidak mampu, ii. Berpuasa selama dua bulan berturut-turut (sekiranya tiada hamba), jika tidak mampu, iii. Memberi makan 60 orang miskin. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2020
Jumlah Pelawat : 77

message user image