Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Soalan: assalamualaikum soalan saya berkenaan jamak dan qasar saya plan untk pergi ke KL dari terengganu.. tetapi di tengah perjalanan saya menginap selama 3 hari di shah alam sebelum menyambung perjalanan ke KL dan menginap selama 2 hari.. soalan saya bolehkah saya jamak dan qasar sepanjang perjalanan saya dari terengganu ke shah alam ke KL (terengganu ke shah alam 400km, 3hari, shah alam ke kl kurang 90km dan 2hari)
Jawapan
Merujuk kepada persoalan yang dikemukakan, tuan masih boleh melakukan solat jamak dan qasar sepanjang perjalanan dari Terengganu – Shah Alam – Kuala Lumpur. Ia masih dikira musafir, walaupun menginap 3 hari dikira belum bermukim di Shah Alam, sebelum ke destinasi yang dituju iaitu Kuala Lumpur. Begitu juga sepanjang berada di Kuala Lumpur. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.