Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Soalan: Asslamualaikum Saya ingin berniaga produk makanan tambahan kesihatan yg berasaskan makanan sunnah dan herba tradisional.,tetapi Founder produk tersebut tidak menutup aurat. apa hukumnya ya. mohon pencerahan. terima kasih
Jawapan
Merujuk kepada persoalan puan, hukumnya adalah harus. Ini kerana puan berniaga produknya, tiada kaitan dengan dosa founder tersebut yang tidak menutup aurat. Justeru, dosanya ditanggung sendiri lebih-lebih lagi dia telah mukallaf. Firman Allah SWT : Maksudnya : “Dan tiadalah (kejahatan) yang diusahakan oleh tiap-tiap seorang melainkan orang itulah sahaja yang menanggung dosanya; dan seseorang yang boleh memikul tidak akan memikul dosa perbuatan orang lain (bahkan dosa usahanya sahaja)” (al-An’am : 164) والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.