Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Soalan: Assalamualaikum...soalan saya..musafir dihari jumaat..saya begerak dari pahang sebelum subuh kekelantan rumah sahabat.sampai dirumah sahabat waktu solat jumaat.adakah saya patut ikut bersolat jumaat atau tidur sahaja sedangkan sahat yang lain pergi solat jumaat
Jawapan
Merujuk kepada persoalan saudara, kewajipan untuk menunaikan solat Jumaat saudara gugur memandangkan perjalanan permusafiran itu dilakukan sebelum waktu subuh. Namun, jika saudara menunaikan solat Jumaat, maka hukumnya sah dan dapat pahala serta ganjaran daripada Allah SWT. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.