Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Soalan: Assalamu alaikum, Ustaz/Ustazah, Saya telah mengambil anak angkat perempuan 1 tahun 1 bulan yang lepas . Saya buntu kerana isteri tak mampu keluarkan air susu untuk jadikan bayi anak susuan kami dan terpelihara batas aurat. Saya tiada adik beradik perempuan untuk menyusukan bayi kami. Kami khuatir masa 2 tahun berlalu dan anak tidak boleh tinggal serumah bila baligh. Ape perlu saya lakukan?
Jawapan
وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته
الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى آله وأصحابه أجمعين أما بعد
Merujuk kepada persoalan tuan, berkenaan perkara ini boleh merujuk kepada Fatwa Hukum Wanita Menyusukan Anak Angkat sebagaimana link berikut: http://www.muftiselangor.gov.my/awam/fatwa/fatwa-terkini/267-hukum-wanita-menyusukan-anak-angkat Disarankan agar isteri menggunakan alternatif lain seperti membuat urutan, mengambil ubat atau suntikan untuk merangsang pengeluaran susu badan dengan syarat bahan yang digunakan tidak mengandungi unsur najis atau mudarat serta dapatkan nasihat daripada perunding atau kumpulan sokongan penyusuan susu ibu melalui hospital dan seumpamanya. Atau cari mahram lain untuk susukan anak tersebut. Jika usaha tersebut tidak berjaya, jagalah hukum hakam yang berkaitan anak angkat, agar kebajikannya terpelihara dan tidak melanggar syariat Allah SWT. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.