Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Soalan: 1. Apakah hukum perkahwinan diantara pasangan HIV +ve dgn pasangan yang HIV -ve? 2. Sekiranya pasangan yang HIV +ve tersebut telah pun mendapat status "virus undetected" dan pengesahan daripada doktor pakar, apakah hukum perkahwinan tersebut? 3. Adakah hukum pesakit HIV hanya harus berkahwin dengan pesakit HIV sahaja dalam Islam?
Jawapan
Merujuk kepada persoalan tuan, 1. Hukum perkahwinan bagi pasangan yang mempunyai HIV, sama ada HIV+ atau HIV-, yang mana perkahwinannya itu menepati rukun dan syarat sah pernikahan, hukumnya adalah sah. 2. Pernikahannya juga adalah sah. 3. Tidak disyariatkan sedemikian. Namun, setiap orang perlu maklum tentang keburukan dan kemudharatan daripada perkahwinan tersebut. Bagaimanapun, Islam menggalakkan mencari jodoh yang terbaik dari segi agamanya. Namun, jodoh pertemuan adalah ketentuan Allah yang tentu ada hikmahnya. Kesediaan untuk berpasangan antara mereka adalah suatu perbuatan yang mulia. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.