BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUAMALAT

message user image

  Soalan

Soalan: Cara untuk membayar hutang dengan orang kafir yang tidak lagi diketahui dimana mereka berada..


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan tuan, Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Wahai orang-orang yang beriman, penuhi serta sempurnakanlah perjanjian-perjanjian” (al-Ma’idah : 1) Jika diperhatikan berkaitan dengan lafaz perintah dalam ayat ini, ia adalah suruhan agar memenuhi setiap perjanjian yang dibuat secara mutlaq dan umum, mencakupi perjanjian sesama muslim atau dengan non-muslim. Oleh itu dalam Islam, berkaitan hutang ia tiada komporomi sama ada pemiutangnya adalah beragama Islam atau bukan Islam. Penulasan hutang tetap wajib diselesaikan sebaiknya walaupun dia seorang non-muslim. Membayar hutang kepada pemberi hutang yang tidak dapat dijumpai, Islam ada menggariskan beberapa perkara yang perlu dilakukan bagi permasalahan tersebut, iaitu: i. Berusaha sedaya-upaya mencari keberadaan orang yang memberi hutang dan tidak mudah untuk berputus asa. Jika Pemberi Hutang telah meninggal dunia, maka perlu berurusan kepada warisnya. Tekad (niat) tuan untuk membayar hutang mudah-mudahan menjadi bukti kesungguhan tuan sehingga akan mendatangkan pertolongan dari Allah SWT kepada tuan termasuk pelunasan hutang tuan kepada dia yang telah meninggal. ii. Jika gagal, bolehlah nilai hutang tersebut diserahkan kepada Institusi pentadbir harta Islam seperti Majlis Agama, Wakaf dan sebagainya. iii. Namun, jika terjumpa kemudiannya perlulah diterangkan kepadanya, dan mengembalikannya jika dikehendaki. Secara asasnya, Islam meminta kepada orang yang berhutang dan memiliki keupayaan untuk membayar hutang tersebut hingga waktu yang telah disepakati pembayarannya kerana penangguhan dalam hal ini adalah bentuk kezaliman sebagaimana hadis yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud : “Penangguhan pembayaran hutang bagi orang yang mampu membayarnya adalah kezaliman.“ (Riwayat al-Bukhari) والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2020
Jumlah Pelawat : 269

message user image