Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Soalan: Apakah hukumnya mewarnakan rambut bagi seorang isteri yang ingin menarik perhatian suaminya? Isteri bertudung apabila keluar rumah. Adakah sah wudu dan mandi wajib?
Jawapan
Merujuk kepada persoalan puan, hukumnya adalah harus dengan syarat kandungan bahan pewarna rambut tersebut adalah halal, tidak menghalang air sampai ke anggota badan dan tidak mewarnakan rambut dengan warna hitam. Ini berdasarkan kepada hadith yang diriwayatkan daripada Jabir bin Abullah RA katanya yang bermaksud : “Di hari penaklukan Mekah dibawa orang ke hadapan Rasulullah SAW. Abu Quhafah, dengan rambut dan janggutnya memutih seperti garam. Maka bersabda Rasulullah SAW, "Celuplah (rambut dan janggut anda) selain dengan warna hitam.” (Riwayat Muslim) والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.