BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Soalan: Assalamualaikum. Saya ingin bertanya apakah hukum membasuh pakaian lelaki bukan mahram? Salah seorang ahli keluarga saya sedang mempunyai hubungan dengan seorang lelaki. Dia sering membawa pakaian lelaki itu untuk dibasuh. Kami sangka hanya pakaian seperti baju dan seluar sahaja yang dibasuh tetapi pakaian dalam lelaki itu juga ada sekali. Kami khuatir akan kebersihan pakaian kami yang turut bercampur sekali dengan pakaian lelaki itu. Mohon beri pencerahan atas permasalahan ini terima kasih.


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan saudari, tiada halangan membasuh pakaian yang bercampur antara mahram dan bukan mahram. Tetapi, hendaklah dipastikan kaedah basuhannya. Sekiranya ada najis perlu dibersihkan dahulu. Adalah dinasihatkan agar menjaga batas hubungan, terutamanya jika belum berkahwin. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2020
Jumlah Pelawat : 134

message user image