BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUAMALAT

message user image

  Soalan

Soalan: Assalamualaikum Ustaz. Apakah hukumnya menggunakan wang dari org yg berhutang. Ctnnya: Pemberi hutang memberi hutang sebanyak rm10000 tanpa apa2 syarat . Tetapi org yg berhutang memulang sebanyak rm20000. Apakah wang yg dipulang itu halal utk digunakan.


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan tuan, jika manfaat tersebut (bayaran tambahan atau hadiah atau sebagainya) diberikan selepas hutang dibayar dan tidak disyaratkan oleh pemberi hutang, maka tindakan ini tidak salah, kerana hutang telahpun dilunaskan. Malah, beliau digalakkan berbuat demikian (tambahan) kerana umat Islam yang terbaik membayar hutang mereka dengan cara yang terbaik. Hadis yang diriwayatkan daripada Jabir RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda, katanya yang bermaksud : “Suatu ketika aku datang menemui Nabi SAW. Ketika itu Baginda berhutang dengan aku, lalu Baginda membayar hutangnya dan Baginda membayar lebih kepadaku”. (Riwayat al-Bukhari) Oleh itu, adalah harus dan halal menggunakan bayaran wang lebihan yang dibayar oleh penghutang dengan syarat penghutang mengetahui tentang bayaran lebihan tersebut, dan redha dengan pemberian tersebut. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2020
Jumlah Pelawat : 184

message user image