BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Soalan: Soalan 1.adakah jatuh talk jika suami bukan DENAGN niat mnyatakan seperti... "AKU BOLEH CKP KALO KO BLEK KAMPUNG JUGAK JATUH TALAK 1" percakapan itu seperti ugutan 2. Apa yang perlu sy lakukan sbb suami asyik me cari salah sy Dan sering mengungkit ape yg telah diberi jika ada berlaku perselisihan faham. Perkataan maki hamun mmg tak pernah lekang Dr mulut jika bergaduh. Tp alhamdullilah tak pernah naik tngan 3.suami juga sering cakap utk berpisah. Ape perlu sy lakukan


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan puan, percakapan suami tersebut merupakan taklik. Taklik cerai akan jatuh talak sekiranya isteri melakukan sebagaimana yang disebut oleh suami. Walau bagaimanapun, bila mana kehidupan berumahtangga sering wujud perselisihan faham, disarankan agar puan dan suami berhubung terus ke Pejabat Agama Islam Daerah yang berhampiran untuk mendapatkan khidmat nasihat kekeluargaan supaya puan juga tahu apa tindakan yang perlu dilakukan selanjutnya. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2020
Jumlah Pelawat : 67

message user image