Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Soalan: Kepastian tamat tempoh eddah rajie ( Bercerai Hidup ) Suami lafaz talaq 2 pada 22/12/2019. 1) 26/12/2019 - 1st Period 2) 21/01/2020 - 2nd Period 3) Adakah tarikh pertama 3rd Period Tempoh eddah saya habis?
Jawapan
Merujuk kepada persoalan puan, iddah puan adalah tiga kali suci, sebagaimana firman Allah SWT yang bermaksud; “Dan isteri-isteri yang diceraikan itu hendaklah menunggu dengan menahan diri mereka (dari berkahwin) selama tiga kali suci (dari haid).” (al-Baqarah : 228) Menurut Mazhab Syafie, tempoh ‘iddah tiga kali suci yang paling singkat atau minima ialah 32 hari dan 1 detik, jika isteri diceraikan ketika suci. Oleh kerana puan diceraikan ketika suci pada tarikh 22/12/2019, maka ia dikira tempoh suci yang pertama. Ini kerana tempoh yang suci pertama sejurus selepas berlakunya talak adalah diambil kira dan ia mungkin hanya berkekalan selama satu detik. Kemudian disusuli pula dengan haid pada 26/12/2019 sehingga tamat haid, dan bersuci. Ini dikira sebagai tempoh suci yang kedua. Seterusnya haid pada tarikh 21/01/2020 sehingga tamat haid, dan bersuci. Ini dikira sebagai tempoh suci yang ketiga. Pada tarikh ini telah tamatlah iddah puan. Oleh kerana perkiraan tempoh adalah berdasarkan tahun hijriah, maka akan lebih mudah jika puan terus menggunakan takwin Islam. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.