BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Soalan: Assalamualaikum, Saya ingin bertanya mengenai Zakat Fitrah, sebelum berkahwin saya membayar untuk ibu,ayah dan adik beradik saya, kerana ayah sakit terlantar. Saya baru berkahwin, adakah sy masih boleh bayarkan zakat fitrah untuk keluarga saya seperti dulu?


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan puan, puan masih boleh membayarkan zakat fitrah untuk ahli keluarga sepertimana sebelum ini. Walaubagaimanapun, adalah sebaiknya memaklumkan terlebih dahulu kepada suami, supaya perkara ini tidak mendatangkan kesulitan di masa-masa akan datang. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2020
Jumlah Pelawat : 75

message user image