BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : AKIDAH

message user image

  Soalan

Salam. Saya ingin mendapat kepastian, apa yang di lakukan oleh ahli Darussyifak yang diterajui oleh Almarhum Ustaz Dr Haron Din dalam merawat rumah yang ada gangguan jin menggunakan garam itu bersalahan dengan fatwa ini?


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته     

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى آله وأصحابه أجمعين، أما بعد

Merujuk kepada persoalan, penggunaan garam dalam urusan rawatan daripada gangguan jin adalah alat semata-mata. Perlu diingat bahawa yang menyembuh atau menghalau jin bukanlah disebabkan garam tersebut. Segala penyembuh dan selamatnya rumah daripada gangguan jin atau makhluk halus adalah daripada Allah SWT. Apa sahaja alat atau bahan yang digunakan selama mana tidak bertentangan dengan syarak adalah harus.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2018
Jumlah Pelawat : 2309

message user image