BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Soalan: adakah wajib untuk membasuh rambut sideburn bagi wanita yang berwudhu'.


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan puan, berkenaan wuduk bagi lelaki mahupun wanita yang wajibnya adalah menyapu sebahagian daripada kepala, bukannya rambut. Bahagian kepala yang disapu air ketika wuduk itu, sama ada kepalanya berambut ataupun tidak berambut. Justeru tiada masalah jika ada sideburn atau tidak. Dalil berkenaan wuduk adalah sebagaimana firman Allah SWT yang bermaksud; “Wahai orang-orang yang beriman, apabila kamu hendak mengerjakan sembahyang (padahal kamu berhadas kecil), maka (berwuduklah) iaitu basuhlah muka kamu, dan kedua belah tangan kamu meliputi siku, dan sapulah sebahagian dari kepala kamu, dan basuhlah kedua belah kaki kamu meliputi buku lali” (al-Maidah : 6) Menurut mazhab As-Syafi’i mengatakan bahawa yang wajib disapu dengan air hanyalah sebahagian dari kepala meskipun hanya satu rambut saja. Dalilnya sebagaimana yang diriwayatkan daripada al-Mughirah bin Syu’bah RA, katanya: أَنَّهُ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ تَوَضَّأَ فَمَسَحَ بِنَاصِيَتِهِ وَعَلَى الْعِمَامَةِ Maksudnya : “Bahawa Rasulullah SAW ketika berwudhu’ mengusap ubun-ubunnya dan imamahnya” (Riwayat al-Bukhari) Had atau batasan muka yang wajib dibasuh adalah dari tempat tumbuh rambut di sebelah atas sehingga bahagian bawah dagu dan lintangannya adalah daripada bahagian telinga ke telinga. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2020
Jumlah Pelawat : 1235

message user image