BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Soalan: Suami saya telah berkahwin satu lagi. Beliau memaklumkan kepada saya bahawa beliau berniat untuk menceraikan isteri keduanya dalam tahun ini juga. adakah jatuh talak?


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan, dalam isu ini, suami puan hanya menyatakan sahaja bahawa beliau berniat menceraikan isteri keduanya dalam tahun ini. Berdasarkan kepada kenyataan suami puan, tidaklah jatuh talak lagi kerana ia hanya ayat pernyataan sahaja, bukannya lafaz cerai sama ada soreh mahupun kinayah. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2020
Jumlah Pelawat : 61

message user image