BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : AKIDAH

message user image

  Soalan

Soalan: Assalamualaikum, ada orang bukan Islam bertanyakan kepada saya mengenai kenapa Orang Islam tidak boleh keluar daripada Islam tetapi orang agama lain boleh keluar daripada agama dorang dan masuk Islam. Saya ada baca hikmah2 larangan murtad, tetapi saya tidak tahu bagaimana cara untuk bagitau kawan saya yang bukan Islam.


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan tuan, Islam adalah agama yang diturunkan oleh pencipta (Allah SWT). Ia disampaikan melalui Rasul-rasul utusanNya sejak Nabi Adam AS., hinggalah Rasul terakhir Nabi Muhammad SAW. Islam adalah milik Allah SWT, justeru hanya Islam yang Allah terima sebagai pegangan hidup manusia dimuka bumi ini. Selain menurunkan kitab-kitab sebagai panduan, Allah mengutus Rasul-rasul untuk menjadi ikutan. Rasul-rasul menyampaikan Islam melalui dakwah (menyeru umat supaya menerima Islam, tiada paksaan), mereka yang mendapat hidayah melalui usahanya akan menerima Islam atas pilihannya sendiri, yang mengikat dirinya dengan syariat (peraturan) Islam. Seorang yang disahkan Islam kerana telah bersyahadah (memeluk Islam) atau Islam kerana dilahirkan dari keluarga beragama Islam akan kekal Islam hingga akhir hayatnya. Menukar agama atau keluar Islam (murtad) merupakan kesalahan jenayah yang memerlukan ia bertaubat, jika enggan akan dikenakan hukuman bunuh. Kedudukan pegangan agama tersebut merupakan hak Allah yang diamanahkan kepada umat manusia sebagai khalifahnya. Tegasnya, orang Islam tidak boleh keluar Islam adalah berdasarkan ajaran Islam itu sendiri seperti yang ditentukan oleh Allah. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2020
Jumlah Pelawat : 93

message user image