Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Soalan: Saya telah digantung tak bertali selama 7 tahun lebih. Suami masih berhubung dengan anak sekali sekala. Soalan saya, apa hukum untuk saya menunaikan Haji dengan status saya. Utk pengetahuan ustaz, saya tiada masalh utk meminta izin darinya untuk mendapat persetujuan say ke Mekah.
Jawapan
Merujuk kepada persoalan puan, hukum menunaikan haji tersebut adalah sah kerana harus bagi wanita menunaikan haji tanpa mahram dengan syarat ditemani oleh dua orang wanita yang boleh dipercayai dan telah mendapat keizinan suami. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih