BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUAMALAT

message user image

  Soalan

Soalan: Assalamualaikum ustaz Pertanyaan saya. Seorang anak lelaki yg berkahwin dan berkeluarga...dan masih mempunyai ibu ... Apabila si anak lelakinya meninggal dunia...adakah si ibu tadi masih mempunyai bahagian dlm pembahagian harta pusaka? Mohon pencerahan


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan puan, jika seorang anak lelaki meninggal dunia terlebih dahulu daripada ibu bapanya, maka ibu dan bapanya mempunyai hak dalam pembahagian harta pusaka anak mereka. Perkara ini dijelaskan sebagaimana Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Allah perintahkan kamu mengenai (pembahagian harta pusaka untuk) anak-anak kamu, iaitu bahagian seorang anak lelaki menyamai bahagian dua orang anak perempuan. Tetapi jika anak-anak perempuan itu lebih dari dua, maka bahagian mereka ialah dua pertiga dari harta yang ditinggalkan oleh si mati. Dan jika anak perempuan itu seorang sahaja, maka bahagiannya ialah satu perdua (separuh) harta itu. Dan bagi ibu bapa (si mati), tiap-tiap seorang dari keduanya: satu perenam dari harta yang ditinggalkan oleh si mati, jika si mati itu mempunyai anak. Tetapi jika si mati tidak mempunyai anak, sedang yang mewarisinya hanyalah kedua ibu bapanya, maka bahagian ibunya ialah satu pertiga. Kalau pula si mati itu mempunyai beberapa orang saudara (adik-beradik), maka bahagian ibunya ialah satu perenam. (Pembahagian itu) ialah sesudah diselesaikan wasiat yang telah diwasiatkan oleh si mati, dan sesudah dibayarkan hutangnya. lbu-bapa kamu dan anak-anak kamu, kamu tidak mengetahui siapa di antaranya yang lebih dekat serta banyak manfaatnya kepada kamu (Pembahagian harta pusaka dan penentuan bahagian masing-masing seperti yang diterangkan itu ialah) ketetapan dari Allah; sesungguhnya Allah adalah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.” (an-Nisaa’ : 11) Kesimpulannya, berkaitan pembahagian harta pusaka mempunyai kaedah yang telah ditetapkan. Ia perlu diperhalusi supaya ia tidak mengambil hak daripada waris yang sepatutnya berhak. Puan boleh merujuk Majlis Agama Islam di negeri puan untuk menyelesaikan pewarisan harta pusaka ini. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2020
Jumlah Pelawat : 93

message user image