Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Soalan: Suami kata “kau nak semangat, kalau kau x kurus aKu ceraikan kau nak? Tp menurut suami dia x berniat cuma sekadar menakut nakutkan. Adakah sah talak. Sy musykil
Jawapan
Merujuk kepada persoalan puan, lafaz tersebut tidak menyebabkan jatuhnya talak dan bukan juga taklik. Adalah dinasihatkan agar suami tidak menakut-nakutkan isteri dengan perkataan cerai dan seumpamanya kerana jika salah cakap, boleh menyebabkan jatuhnya talak tanpa disedari. Berilah kata-kata semangat dengan cara yang bermotivasi dan berhemah. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.