Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Assalamualaikum.. Harap pihak tuan dapat membantu.. pada malam jumaat 24/1/2020 lebih kurang jam 8 mlm .. perbualan Percakapan lebih kurang begini.. 1. Suami berkata " i dah fikir dan kita boleh pergi pejabat agama dan i jatuhkan talak 3 terus kalau itu yang u mahu. I akan ikut undang-undang Malaysia dan bayar tuntutan yang sepatutnya mengenai nafkah ..Ayat seterusnya agak kurang jelas berbunyi"Bercerai kerana nak menyelamatkan seseorang" Saya yang Agak penat dgn kerenah dia.. senyum dan tanpa berfikir berkata .. ok nanti hari selasa kita pergi pejabat agama.. kerana pada waktu itu saya fikir sudah jatuh talak..Selepas itu kehidupan seperti biasa dan suami masih tinggal serumah. Mulanya Saya agak kurang selesa .. berumahtangga dalam tempoh yang agak lama dan kalau sudah jatuh talak saya dan suami tidak boleh duduk serumah.. Selepas itu saya cuba mencari jawapan dan cuba mengingati semula percakapan beliau.. Saya sudah beberapa kali bertanya suami yg adakah kita masih suami isteri yg sah?Tetapi jawapan beliau .. 1.u fikirlah sendiri 2. i tak tahu. 3. Entah ini kan Malaysia.. 4. I tak peduli pasal u sekarang cuma pasal anak-anak. Saya yang masih ragu-ragu dan masih menunggu jawapan dari suami.. Kesilapan saya tidak memberi sepenuh perhatian dalam tutur percakapan beliau.. dan dalam masa yang sama perlukan pandangan dari pihak tuan.. Saya berharap pihak tuan dapat membantu.
Jawapan
وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته
الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى آله وأصحابه أجمعين أما بعد
Merujuk kepada persoalan puan, perkataan suami : “i dah fikir dan kita boleh pergi pejabat agama dan i jatuhkan talak 3 terus kalau itu yang u mahu”, bukanlah lafaz talak. Ia adalah perbualan antara suami dan puan. Justeru, belum lagi jatuh talak. Oleh kerana puan dan suami masing-masing telah merancang untuk berpisah, sebaiknya perkara ini hendaklah terus dikemukakan ke pihak Mahkamah Syariah yang berhampiran tempat tinggal untuk difailkan. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.