Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Soalan: Assalamualaikum. Maaf aaya ingin bertanya.. Kadang2 bila menonton sesuatu cerita, ada masa terangsang hingga keluar air mazi. Tapi adakala dia ada beri kepuasan tanpa memasukkan apa2 ( tidak beronani). Adakah bagi seorang perempuan, dengan demikian air mani itu akan keluar. Baru2 ni saya terbaca tentang air mani, jadi saya risau was2 samada yang keluar tu hanya air mazi atau mani.. Sebab saya x mandi junub sebelum2 ni.. Sebab saya tidak tahu, yg saya tahu air mani perempuan hanya keluar ketika bersetubuh sahaja. Apa yang saya baca, jika saya haid. Jika saya mandi junub disebabkan suci dari darah haid.. Makanya solat saya sah dan saya dah terlepas dari hadas haid dan hadas keluar air mani itu..Apa yang saya kurang jelas, adakah ketika mandi wajib niat saya mandi pada ketika itu mengangkat hadas haid kerana suci dari haid menyebabkan saya sudah keluar dari hadas besar haid dan jugak keluar air mani sebelum ini? Ataupun kerana niat saya begitu saya masih terhutang pada mandi junub keluar air mani?
Jawapan
Merujuk kepada persoalan, apabila saudari telah berniat mandi wajib kerana mengangkat hadas besar, maka saudari telah suci daripada segala hadas besar yang ditanggung. Setelah selesai mandi wajib bermakna telah suci daripada segala hadas dan tiadalah lagi istilah terhutang daripada mandi junub. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.