Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Soalan: assalamualaikum, adakah jatuh talak jika hanya menyebut abg ceraikan sayang dgn talak satu secara berhadapan dgn pasangan
Jawapan
وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته
الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى آله وأصحابه أجمعين أما بعد
Merujuk kepada persoalan tuan, jatuhlah talak satu ke atas isteri kerana lafaz yang disebut itu adalah jelas maksudnya, ini kerana lafaz cerai dikira oleh syarak sama ada serius atau bergurau. Ini berdasarkan kepada hadis yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda : ثَلاَثٌ جِدُّهُنَّ جِدٌّ وَهَزْلُهُنَّ جِدٌّ النِّكَاحُ وَالطَّلاَقُ وَالرَّجْعَةُ Maksudnya: “Tiga perkara yang dilakukan secara bersungguh menjadi sah, dan secara gurauan juga akan menjadi sah; nikah, talak dan rujuk”. (Riwayat Abu Daud) Sehubungan itu pasangan tersebut hendaklah mengemukakan perkara ini terus ke Mahkamah Syariah yang berhampiran untuk difailkan. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.